Saturday, March 23, 2013

Others place : usm.

Bismillah..
Ehem3, pagi pagi dah selsema + bersin pula tuu.
Sebb bangun sebelum subuh lagi, azan pun belum lagi. Time ni bilal pun tengah mandi, imam mungkin dah bangun dan tengah berzikir kot. *okay tak tipu yer. Tapi suke buat andaian sendiri, terpulang nak percaya atau tidak. hehe.

Dah macam tade keje kan nak bangun pagi pagi di hari minggu yang indah ini. Maklumlah orang busy mesti la  bangun awal. cehhh, perasan je lebih kann. Okay, bangun awal sebb nak pegi program APA di USM, Penang. Humm.. ape kebenda APA tu kan? Rupeyer Accounting Professional Avenue, *datang program baru tawu APA tu, baru tawu tentatif program. Nampak la masa datang tu tataw ape2 kan. Main redah je program orang kannn. hummm..

Ohh, malas nak cerita pasal program tu sebb bukan tak fokus okayy tapi MALAS. Hahhh, amik seat belakang VVVIP tuu. Mata terbuka luas, telinga terpasang dan tangan menulis tawu. Cemerlang kan pelajar begini? hehe. Huummm.. hah! nak cerita sikit la pasal universiti orang kan. Maklumlah datang melawat tempat orang kan mesti banyak komen itu ini sebb buat perbandingan dengan uni sendiri. 

FISRT, ehem3, tahniah USM, universiti anda di tengah-tengah bandar. Untung la keluar pagar je keliling kedai kan. Tapi yang tak best keluar pagar dah jem sebb ade traffic light. hehe. Perkara biasa la tu, tapi kat uum jarang keluar pagar terus jem. 

SECOND, usm sangat besar + luas +agak sempit dengan kereta kiri kanan bahu jalan kan. Ohh diorg pun ade bas juga tapi nameyer KOMUTER. Pehh,, bas kaler pink ungu, mmg tak naik la kalau aku. Naseb tema uum kaler biru kan. Ade juga hati dan perasaan aku nak naik. humm.. Tapi serius laa bertuah dapat hutan ni sebb kawasan uum kan luas dan tak ler sesak sangat. Ni kalau sampai kete pun parking kiri kanan jalan mcm mane bas nak lalu? Dah la jalan sempit serta bercabang2, nak cari tempat u-turn pun tade tawu.. Terpaksa lalu jalan jauh nak u-turn. Aishhh..abiskan minyak je kan. Bukan ade stesen minyak pun kat situ, kalau tetibe bas mati sebb tade minyak mcm mano tu? haaaa..okay dah terlebih merepek disitu. *hiperbola semata-mata cerita aku ni -__-

THIRD, usm sangat cantik. usm sangat cantik. usm sangat cantik. Okay dah mengarut sebb tade idea, otak dah tepu dengan 1001 masalah yang tak dapat diselesaikan. Dah dua hari simpan entry ni sebb mood tetibe pergi tak kembali.


Mula-mula kene merentasi Jambatan Pulau Pinang. WAJIB! *mestilah kan, kalau tak mcm mane nak sampai, takkan perlu berenang renang ke hulu pulaa.

Selamat Datang ke USM Kampus Pulau Pinang.

DEWAN BUDAYA. Tempat event dijalankan.

Dewan yang sangat best walaupun kecik sebb tempat duduk yang teramat selesa. Keadaan dewan yang sungguh strategik sebab seat yang paling belakang pun still boleh tengok stage depan dengan jelas dan nyata. Patut pun nameyer dewan budaya, gelap gelita dia dah mcm nak tengok opera, teater punn bolehh. Kalau pasang wayang ni mesti lagi menarik. hummm.. ohh yang paling penting kalau tido kompem org kat stage boleh nampak. Makanya time event berlangsung mata tak kelip tawu. hahaha. *ini semua godaan syaitan semata-mata.

Masjid yang sungguh cantik designnya walaupun tak sebesar masjid  uum.
Alhamdulillah, finished my entry for this time.
Sorry for everyone that have waiting my post. *cehh berlagak mcm ade nak tggu je, padahal sape je nak baca blog aku ni

p/s: buat pelajar usm ataus sape2 yang ade kaitan dengan usm, saya mintak maaf sebb ade terkutuk u anda, tapi saya ade puji juga kaann?? hahaha. Okay, SORRY for the second time :))

I end my entry with Assalamualaikum dan THANK YOU for visit my blog.

2 comments:

Syaz said...

illya!!! -love-love-love-love-.. hehe.. rindu sgt2..

Syaz said...

illya!! -love-love-love-.. hehe.. rindu sgt2