"Every secret of a writer's soul, every experience of his life, every quality of his mind, is written large in his works"

Monday, October 19, 2015

CIMA. bukan cita-cita tapi cabaran.

Assalamualaikum dan Hai Blogger sekalian .. 

Semalam tak tahu nak cerita ape tetibe dapat satu idea harini, ni yang nak habaq mai juga ni. Korang berminat nak dengar ataupun tak peduli pula aku, yang penting nak bagitahu juga pasal pasal pasal .. Photobucket

CIMA.

bukan aku sengaja nak kalerkan huruf dengan kaler tu yer tapi memang trademark dia kaler kaler gitu laa. kira halal laa yer.


Okay, nak sambung balik. Ape benda laa cima tu kan? CIMA (Chartered Institution of Management Accountant)  is a United Kingdom based professional body offering training and qualification in management accountancy and related subjects, focused on accounting for business together with ongoing support for members. *aku copy paste dari wikipedia je. hehe.

Sebenaryer nak cerita mcm mane tetibe aku boleh terjabak dan ada relationship dengan cima  ni secara tak langsung, padahal dulu cita-cita lain kot. *nada serius. Dulu time kecik kecik lagi tade hati dan tataw langsung pasal profession akauntan ni, senang cite kat buku kuning yang kene tulis 3 cita-cita tu kan selalu aku tulis GURU, DOKTOR dan (tak ingat). Semua tu acah2 je sampai aku form 5 benda yang sama aku tulis. hummm.. padahal satu pun tak pernah serius. Tapi kan kan kann, bila form 4 aku amik bidang akaun ni aku still blur2 dan tak paham langsung konsep perakaunan ni sampailah aku jumpa seorang guru bertauliah dalam bidang ni iaitu En.Jusnizan (guru tuisyen peribadi) pehh pehhh tipu je. tapi betul laa peribadi sebb pelajar dia hanya 3 4 orang je, paling best tetibe tinggal 2 orang je sampai spm. Cikgu ni laa buat aku ada impian nak belajar sampai ke luar negara kot iaitu ke University Oxford. (berangan gilew kan?) sejak tu memang itu impian dan cita-cita aku nak sampai sana dan amik LCCI bagai (benda ni professional body, kira adik beradik cima laa juga) kononnya. Kalau nak tahu, dulu aku ada tulis dekat whiteboard rumah aku perkataan "OXFORD", konon-konon pembakar semangat time spm laa supaya aku buat betul2 sekali hummm hummmm..

Tapi Alhamdulillah sekarang aku rasa impian aku dulu hampir ke situ walaupun tak sampai ke sana. Bila aku masuk uum, aku dipermudahkan dan didekatkan dengan profession ni. Kat uum, bagi student b.acc kene amik benda cima ni laa, time tu aku rasa kenapa cima bukan lcci? Rupeyer lcci untuk student b.acc IS. Time tu disebabkan aku rasa nak uji diri aku mampu atau layak tak untuk amik, so aku pun amik la. Alhamdulillah sem 7 ni (last semestar yer adik2, senior sangattt. daaa~) aku amik paper cima dan terasa cabarannya di situ. Kalau aku lepas stage pertama ni (doakan untuk aku pleasee) Insha Allah aku teruskan lagi dua stages. Tapi kalau aku terduduk tersungkur di stage pertama ni, ape aku nak buat next? Tggu je laa aku buat ape nanti tapi semoga ada hikmah disebalik ujian yang aku hadapi ni.

Tapi serius aku berterima kasih sangat dekat cikgu tu yang sampai sekarang aku ingat lagi kata-kata dia, "belajar kat University Oxford dan amik lcci." Ya Allah cikgu, walaupun skrg saya masih di Malaysia, mungkin atas kata-kata cikgu tu, saya hanya tinggal beberapa langkah lagi nak jadi akauntan. Ada pula ayat cikgu tu,"dah jadi Akauntan dah skrg kan. Tahniah"*aku pula terpikir sejak bila. hehehe. Subahana Allah jika itu doa seorang guru, Insha Allah.
Ni LOGO sebenar si CIMA tu. kompem korang terus tahu kan pasal cima :)

Jangan disangka angan-angan yang dulunya hanya berangan tidak akan menjadi kenyataan suatu hari nanti. Yang kita perlu adalah doa dan keberkatan daripada kedua ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan. Jika itu bukan rezeki kita, mungkin ada yang lebih baik untuk kita. -lk:2015-

Photobuckethai awak, awak laa yang amik exam sama mcm kita tu, GOODLUCK korang :) semoga korang jadi akauntan yang bertauliah nnt. Yang dah lepas stage satu, doakan kami lepas juga stage satu ni. heeee. kbye.


"DREAM + WORK = SUCCESS"
-the end-

No comments: