Thursday, July 25, 2013

ukhwah. kbye ;))

Bismillah ..

18 Ramadan 1434.
Salam Nuzul Quran.
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Nazrin Shah.
motippp? okayy, saje2 nak tulis nama dia.

Alhamdulillah. lagi 12hari untuk bakal merindui bulan Ramadan. Pasti bakal merindui bulan dan bintang yang indah di langit. Subhanaallah, lately bulan sangat cantik dengan kaler oren pula tu. Kata #AA kaler oren sebb musim panas sekarang.okayy, salah satu alasan yang boleh diterima. 

coret-coret kaler kehidupan yang sentiasa mewarnai hidup ini :))
Kali pertama aku melihatnya di zaman 'pra'. Mula mendengar namanya apabila orang mula berkata-kata tentang diri dia. Aku pkir bajet femes je dia ni, teringin juga nak melihat sendiri rupa paras yang menjadi pujian orang. Pada kelas malam itu terdetik utk pergi, rupanya dia pun ada sekali. ohh, patutlah menjadi pujian orang, ada rupa ada gaya pakej lengkap secukupnya. Bagi pandangan aku buat kali pertamanya la. hummm..pada mulanya memang tertarik utk menjadi 'fans club' laa kononnya, tetapi bile dilihat balik ramai juga peminat dia keliling pinggang badan semua jadi bertekad untuk berundur diri dan lupakan utk mengenalinya. Sekadar melihat dari jauh, tetapi itulah kali pertama dan terakhir melihat dia di zaman 'pra'.
Masuk ke zaman seterusnya. Tidak disangka berjumpa balik setelah lama melenyapkan tentang diri dia dalam ingatan ini. Pada mulanya sekadar endah tak endah apabila melihat dia diwaktu orintasi sebb tahu dah org macam tu mesti still ramai peminat dan sudah ada. humm..sekali lagi bertekad berundur diri dan tidak mahu mengenalinya kerana waktu itu sudah penat mengenali seseorang yang bakal mengecewakn nanti. Entah kenapa hati ini gatal sangat ingin mengetahui juga tentang dirinya setelah mendapat tahu yang dia sebenaryer berhampiran sahaja dengan tempat aku. ohhh kenapa tak pernah tahu ? makin lama hati ini makin membuak-buak ingin tahu juga dan tangan ini pula gatal utk menaip sesuatu sebagai pengenalan. Bermula dari situ terjalinlah sebuah hubungan kawan yang tidak diduga. tetapi sejak mengenalinya, setiap hari berdoa agar kali ini tidak akan membawa kepada penyesalan malah dia adalah org yang terakhir yg perlu dikenali. 

bergaduh bertengkar merajuk adalah satu lumrah dalam kehidupan.
kadang-kadang pernah terasa kecewa dengan hubungan yang terjalin ini.
sebb pernah bertekad tiada lagi yang mengecewakan sehingga bertemu yg terbaik.

Semoga ukhwah yang terjalin kali ini membawa kebaikan sehingga ke Jannah.
Semoga ukhwah ini berkekalan hingga ke Jannah.
Everyday i pray for it. Allah, please hear to me :))

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.ehh.haha.



No comments: