Monday, November 26, 2012

BAKSIS Perlis 0__0

Assalamualaikum dan Selamat Malammm semuaaa..
Ehem ehem, musim bola sekarang yer. 
Masing masing sibuk update pasal bola itu ini, tapi aku tetap tak suke bola tawu!
Okay, maaf terover seketika.

Kali ni nak cerita pasal program BAKSIS (Bakti Siswa UUM) yang berlangsung di Kg.Perit Chuping, Perlis. Program ini berkaitan dengan keluarga angkat. 
Alahai, aku pergi program ni? Percaya takk?? haha. Okay, sila percaya sebb aku dah pergi pun. 

Hari pertama bermula petang Pukul 3 dah sampai dan berada di Balai raya Kg.Perit (sebelah rumah Pengerusi JKKK lagi tu). Penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat masing masing. Ada yang dapat 2orang anak angkat dan ade yang dapat seorang sahaja. Opppsss... chop chop, nak refresh balik sikit. Sungguh terharu sebb semua penduduk kampung menyambut kehadiran kami. Meriah gilew siap  pasang khemah lagi, dah mcm vvvvvip tawu. Pak Cik Mak Cik len kali pasang laa red carpet, bunga mangga sekali yer. haha. Dah rupe nak sambut pengantin laa pula yer. 

Okay, jom pi umah keluarga angkat masing masing. Ada yang jauh dan ade yang dekat. Aku dapat rumah paling dekat sebbnya depan Balai Raya je pun. haha. Yang jauh tu perlu laa naik kete, ade yang naik motor. Hah! MOTOR?? Pehhh.. rempit laa yer kau dengan ayah angkat kau. Hahaha..terbaek bebehh!!
Jadual malam ade ceramah dari Ustaz? Maaf tak sempat nak catit name dia sebb terlalu kusyuk laa katakan. hehe ^__^ okay tipu.

Ceramahdari Ustaz? Ohhman, i'm forget already.
Aini dan Leha bersama Adik angkat saya.
Datang-datang, tuan rumah bagi makan laksa. Terbaek!!
Second day, pergi ke Bendang. Ayuhhhh! Tapi sebelum tu, pagi2 kene tolong orang kampung. haha. Malangnya aku datang terlebih awal, makanya tak dapat nak membantu sangat. hahahaa. Maaf yer ^^, Jomm ke bendang.

Pemandangan di sawah padi.
Mari kite ke sawah ooiii...





Ladang getah. Besarrr gilew tawu.
Berani gilew budak ni tegur lembu yang kesakitan akibat excident. Sooo caring.
Fuhhh... hari kedua pun gambar dah banyak kann?? Nie belum masuk petang dan malam hari kedua dan hari ketiga pula. Aiyoyooo.. Okay, now the story about that night. (cehh,, english broken bebeh. Pleasee laa.) Malam ade program SUMMER CAMP atas projek Abang Alif. hooo~ program dengan budak budak kampung, main main, gelak ketawa, group game. Paling bestt dapat satu group yang gilew gilew, kesian adik adik terpaksa tahan perangai akak akak yang suke gelak je kejenya. Aperpun mmg best laa mlm tu, pastu ade karoake (aku tataw eja, hee~) dengan Pak Cik Pak Cik. Ade Pak Cik nyanyi lagu Thailand? Ohhhhsemmm! memang kami faham pun kann. Haha, aperpun Pak Cik tu memang feeling laa time menyanyi.

Sukaneka di petang hari.

Semangat adik adik ni  main.





Program Summer Camp di malam hari.




Peserta karoake, pewwwiittt!!





Kak Tina menari tarian Sabah.

Last day, nak tulis cepat cepat ni sebbnya gambar dah banyak nnt makan ruang blogger saya. Sebelah pagi kami gotong royong sebb ade kenduri kawen esoknya. Masak masak, cuci pinggan, dan yang paling best mandi hujannnn... woooo~ Okayy, esoknya demam. Hahahaa, padan muka cari nahas lagi kann. Petang ada majlis penutup dan nak berpisah dengan keluarga angkat. Sob3, sedihh sebb nnt rindu Adik Angkat a.k.a Aisyah 20sen. (sebbnye dia penjual aiskrim satu Malaysia.) lalalallala ~


Bersama Adik angkat. FADHIAN AISYAH.


Anak buah angkat, HAFIZUDDIN (budak lelaki berbaju merah) ^__^

Ini ayah dan mak angkat kami.
Sekian, terima kasih sebab sudi singgah. (^^)
Assalamualaikum.
Demi BAKSIS, sira dapat dua dan tidak akan diapung. hahaha.
Tapi memang best tak tipu.

No comments: