"Every secret of a writer's soul, every experience of his life, every quality of his mind, is written large in his works"

Wednesday, May 16, 2012

Cikgu, SELAMAT HARI GURU !

16 Mei 2012. 
SELAMAT HARI GURU,cikgu!

ehem3,, okee tahun nie nak buat surprise khas buat semua guru di SMK Convent, Sitiawan. bangga dapat sekolah kat sini, sekolah yang lain dari yang lain.
Sebab yang buat surprise kat sekolah itu?? sebabnya dah setahun lebih tak jenguk sekolah, maaf yer cikgu2 semua bukan tak nak pergi tapi busy sikit. aisehhh..ayat aku poyo jew. Lagipun, kalau nak pegi sek mesti kene waktu pagi kalau pegi petang mesti cikgu2 semua dah balik. Kene laa faham, saya kalau pagi terlebih busy dengan mimpi lagi. hahaha ^^_

Apa SURRRPPPRISEEE yang aku buat ?
Dengan ini saya memperkenalkan COLOURFUL CUPCAKE saya!! wooo~ okee, aku terlebih over seketika.


Cantik tak?? Full with colour tak? hehhehe..

Cupcake kat atas nie aku buat tawu. Asal? ada yang tak percaya? aku pun sebenarnya tak percaya juga sebab sejak bile pula aku rajin buat baking2 semua nie bagai, ini bukan dalam bidang aku, yang aku tawu just kira2 jew. Aisehhh berlagak pula sejak bergelar budak akaun, maaf... Maka, itulah hasilnya. hummm,, sedap tak sedap lain cerita tapi takkan laa kek yang tak sedap aku nak bagi cikgu mkn pula, malu laa aku jatuh saham nanti. aishhh.. Dari pagi sampai ke malam aku buat ni dengan bermain kaler pula tu, dah mcm pelukis pula kan suke conteng2 main kaler2 bagai nie. Then tak cukup dengan cupcake itu, ini ada hadiah buatan sendiri utk cikgu kesayangan iaitu PUAN BELKIES MUSTAFA ;))


Memang sejak dulu lagi kalau nak bagi hadiah just buat sendiri je lagi bermakna, tak payah sibuk2 nak beli buang duit sbb last2 berhabuk atau hilang juga. CIKGU !!! Maaf tahun ni dapat bagi kad saiz kecik je sebb kehabisan idea di penghujung minit, hehe. 2tahun lepas ye laa dapat bagi yang besar gedabak seperti gambar yang belah kanan itu --->> hummm.. Okee, senior2 yang dapat datang ke sekolah tadi adalah aku, Najiha Suhada, Fatin Nursyahira dan Allya Syahirah. Yang lain busy dengan kejo masing-masing, keje ape pun aku tataw. Eheeem3,, Aku nak buat ucapan untuk guru nie, hehe :))

First, nak ucap ribuan terima kasih yang tak terhingga sebb telah mendidik sy menjadi anak murid dan bangsa yang berjaya. Alhamdulillah setakat ini anak murid cikgu ini telah berjaya dan sedang menuju kearah menara gading. Second, saya ingin meminta maaf kalau sebelum2 ni ada buat salah dan silap seperti tidak siap hw tapi memang pernah pun tak siap hw sebb byk sangat sampai tak terbuat laa. Atau tak pergi bertugas time rehat sebb malas nak naik library yang hanya tingkat satu je pun. Sekolah lain library kat tingkat 3 4, sekolah aku je unik sebb hanya ade satu tingkat sahaja. Third, insyallah saya akan sentiasa ingat jasa dan pengorbanan cikgu selama ini dan kalau ada umur yang panjang semoga kita berjumpa lagi. Tak lupa juga buat pengetua baru PUAN YEAT SOO ING, tahniah! dan terima kasih sebb belanja kami aiskrim PADDLE POP. Yeay!!~ Terasa mcm nak menjerit je sebb kenapa time aku abis sekolah baru nak tukar pengetua?? hehehe.

* Ucapan ini khas untuk semua guru tetapi special buat guru yang pernah mengajar saya di Tadika Umie Alor Setar, SK Taman Rakyat Alor Setar, SK Seri Sitiawan, SK Seri Bayu, SMK Convent Sitiawan dan Kolej Matrikulasi Perak.

Teachers is one key to success. sekian

2 comments:

ainol akasyah said...

selamat hari guru .. happy cikgu2 arini dapat adiah kan .. jemput singgah blog :)

Lia Kama ♥ said...

hahha,, tawu tak pe. okee, silalah follow ye. Salam sahabat blogger!