Tuesday, December 27, 2011

Part 1; Gelagat mereka, Kmpk --> KL ---> Melaka

Hari ini tibalah 23/12/2011, detik-detik yang amat dinanti2kan oleh semua pelajar kmpk iaitu pulang bercuti. hoooreeyyy! oppss! kau balik pukul 5ptg okee, tiket kau ke KL pukul 5:o0 ptg, so jgn nak beriya sangat yer. ok FINE! aku tunggu. 

Pukul 4:o0 ptg --> dah semangat tunggu kat bus stop depan pagar selepas abis program. humm,, satu jam je tak lama, so tunggu je laa. Pukul 5:0o telah tibe, intai2 di luar sane mane tawu bas dah datang, tapi masih belom dtg lagi, mungkin lmbt sikit kot. okee, tunggu laa lagi. hati dah berkobar2 nak jumpa family di melaka(ye ke nie??? hummm,, yelaa. sumpah tak tipu.hee~). * mention lagi sekali MELAKA yer,, huhu. ohhh dammn laa, 1jam juga laa aku tunggu bas tu bas ape ntah, BAS PERSIARAN katanya. pukul 6:o0 baru sampai, itu un kene berebut juga kalau tak kene tunggu next bas.ouhhh satu keje gileww kan? Dah duduk dalam bas bersama Nooren, fuhh lega sebb dijamin mesti akan sampai KL juga, huhu. baru bergerak bape km keluar dari kmpk, bas benti kat stesen minyak depn tu je, ingtkan nak isi minyak so cool je laa, rupenya bas rosak. Apa bas rosak ?? siot gileww... Nooren dah cuak kot takut tak sampai kl, tapi aku still cool, dlm mind aku apepun terjadi akan sampai juga. Cepat atau lambat itu tak tawu lagi laa. huhu..padahal hati dah cuak tak tentu arah.

Pukul 8:30 mlm --> sampai di KL Sentral. Masyallah, besar gilew kl sentral ni, dari jauh tersegam GAHH nama 'KL SENTRAL' di tengah2 kl tu. dengan bangganya menjadi anak KL laa kononnya, aku melangkah masuk ke sentral. fuhhhh... mcm2 ade, sampai aku tataw nak pegi mane. Target aku nak beli tiket bas ke melaka. Aku tengok sume pengangkutan ada ; komuter, LRT, bas.. Hah! bas? aku terus pergi ke papan tanda yang tertulis ' BAS PERANTARAAN'. hah? perantaraan? pehal dia tulis mcm tu pula, tape laa pegi je laa. memang bas adalah perantaraan kalau nak pegi mane2 kan. Aku pegi2 je ke tempat bas tu, tengok sume bas spesen same jew, tnpa segan silu aku tnya " Bas ke Melaka ade?". tibe-tibe aku dengar  ada sorang mamat ni kata, "Bas ke Melaka tak dk kat sini, itu kene pegi Puduraya." Terus aku terkejut, WWHAT? W.T.H ? Puduraya?? ohh man, gilew laa. aku terus naik balik ke sentral amik ktm pergi ke Tasik Bersepadu Selatan (di mana tempat perhentian bas yang baru dan besarrr gilew, kata org laa. ta caye? mehh aku cite lgi.)

Pukul 9:45 mlm --> di TBS (Tsik Bersepadu Selatan) terus ternmpak kaunter bas Transnasional, aku pun cepat2 beli tiket takut dah abis. Padahal, tiket memang sentiasa je ade sampai lewat mlm. huhu,,ohh yeah dpat tiket pukul 10:30 tak laa lama sgt. kononnya nak pegi tunggu terus kat tempat bas tu, biar awal asal selamat. last2, jadi mcm nie cite yerr.. aku pegi ke seberang sana belah keteapi sebb ingt tempat bas kat sane, rupenye aku just perlu jalan straight turun bawah dari kaunter tu jew utk smpai ke tempat bas, tapi aku pusing satu tempat tu siap ke seberang lagi tu dengan hp yg dah mati dan tanpa jam. *mention lagi sekli, hp mati dan tiada jam di tangan. okee, sempat juga aku ke toilet dengan keadaan gelabah takut tertinggal bas. Rupenya masih belum terlambat, ngee~ syukur alhamdulillah. humm,,,

Pukul 11:o0 mlm --> smpai juga bas, itupun aku rase bukan bas yer, tapi naek je la sebb ramai yg tiket mcm aku naek bas tu. Aku naek2 terus pegi ke seat aku iaitu Seat  6A, bengang gilew seat tu ade org duduk, aku un duduk je laa kat seat lain, tibe2 org sebelah aku tnya "tiket bas pukul bape?" aku kata pukul 10.30, dia pelik sebb tiket dia pukul 10. aku kata kat dia mcm nie "org kata tiket pukul 10 kat bas belakang." terus dia ambil beg dan kata nak pegi bas belakang nak tnya. bape minit kemudian, dia dtg naek balik bas yg aku naek terus melaung kata "Itu tempat saya, tadi saya duduk situ.." sume org dalm bas tu ketawa gilew. aku pula jadi serba salah sebb bagi org lain dudk kat tempat dia, dalam hati aku gelak gilew+++. hahahahahaha. MAAF YERR ENCIK, hik3.aku rase mamat tu bukan org Malaysia sbb cakap mcm dari negara laen jew..

Pukul 1:1o pagi --> fuhhh,, sampai juga di Melaka, tapi baru sampai Tol Ayer Keroh, abg yg duduk sebelah aku nie nak turun kat tol tu. Hah!! citer pasal abg ni kesian pun ade tapi kelakar sehh.. Dia turun kat tol tu tapi tak bgtawu kat Pak Cik drebar yg beg dia ade kat bwh tu, so Pak Cik tu just benti dan tggu dia turun, pastu aku tengok dari tingkap yang abg tu cube nak buka tmpt beg tu tapi bas dah start bergeak, aku pula jadi takut. yellaa,,, takut ape2 terjadi kan. Last2 bas tu bergerak laju, tempat beg tu pun terbuka. persoalannya; abg tu dapat ke beg dia ?? yg aku pula pikirkan beg aku ade kat bwh tu, so aku bgtawu pak cik drebar tu yg tempat beg terbuka. Then, Pak Cik benti dan tutup pintu beg tu..alhmadulillah beg aku selamat dan masih ada di situ. bayangkan beg aku terjatuh kat tengah jalan? baju aku? aku nak pakai ape sepanjang cuti nnt? huhuhu.. tapi sume itu tak berlaku akhirnya.

At the end of the part of this story; aku sampai kat Melaka Sentral pukul 1:3o pagi. dengan mata yang nampak besar kecik besar kecik je niee,,, jalan un terhuyung hayang dah. hee.

*Percutian Part 2 akan disambung tak lama lagi, tengah tunggu gambar diupload. TQ ^_^
aku pergi ke tempat nie ----->

Bangunan lama ? apakah ini ?
cantik gileww tempat nie.
hotel ? huhu,, bestt gilew..



No comments: