Monday, March 14, 2011

Holi's Melaka.

13.03.2011, Melaka.

Hari Keluarga bagi keluarga Hj Osman.

ahak =,= tak syok nya. huhu. sebabnya rancangan hari keluarga yang dirancang tidak teratur.. kelam kabut jee. Hai,, ramai yang tak balik time tu. Yang datang pun sedara yang tak rapat sangat. Tapi aku buat hal sendiri laa dengan adik-adik aku. huhu. 

Acara sukaneka juga aku kurang join juga sebab semuanya acara budak-budak tawu. Lagipun hadiahnya tak berapa lumayan laa, setakat coklat beberapa biji dan tabung buah-buahan je. heh! tapi bagi budak-budak mesti laa diorang nak bolot banyak hadiah kan. humm, sebb tu sukaneka tu untuk budak-budak je aku rase. hehe. Aku masuk juga satu acara ni iaitu Bowling air. Ahak =) juara sehh! sebbnya orang kata aku kaki bowling, memang pun aku selalu men bowling juga. hehehe.. sekali strike kot, terharu gilew beb!. humm,, lepas tu aku malas nak masuk acara len pula, inipun terpakse masuk atas dasar tak cukup peserta.

Kali ni hari keluarga memang tak best laa. Dah laa ada tiga ekor kambing yang dibeli untuk Majlis Cukur Jambul, kelahiran cucu baru dalam keluarga Hj. Osman. Tapi last2 yang terkorban dua ekor kambing je, lagi sekor dianggap membazir je sebb tak dak masa nak korbankannya.

Salah satu acara sukaneka.
Inilah pin bowling.

14.03.2011, Satay Hut

Kat sinilah aku makan dinner on de way balik ke Manjung. Sampai destinasi dalam pukul 6.30 ptg. Order makanan + minuman ;)

Satay, Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng USA, Bihun Tomyam, Mee Bandung

wei, order tak laa banyak sangat tapi nape tak sampai-sampai setelah 40 minit??
ini yang nak mogok nie, last-last mak aku tanya nape order tak sampai2 lagi padahal orang depan nie datang selepas kami. Dengan muka seorang pekerja di situ yang agak serba salah dia kata " Mungkin kertas order tercicir kot" hah, tercicir, macam mane laa keje pun cuai. Mak aku dah marah-marah, yang ayah aku pula nak blah pula. 
Akhirnya dengan sekelip mata, makanan sampai. Ahak =.= tawu pun takut. Apa lagii hidangan dah sampai, jom kita melantak!

Selepas dapat makanan.
Minum tak pernah cukup.
Orang paling gelojoh.

No comments: