Monday, December 20, 2010

Helping hand.

Hari ini aku bangun pukul 9.30pg. Hal ini kerana henset aku dah memekik-mekik, memanggil-manggil namaku. Aduhh,, sudah laa sejuk dengan ngantuk yang teramat sekali kerana semalam aku tido pukul 4.30pg. Tengok, just 6 jam je aku tido tolak setengah jam aku solat subuh sekejap. Hurmm,, bangun2 dah kene buat ape yang patut sebelum disindir atau diberi syarahan yang teramat Booo*** itu. Dengan niat yang suci dan ikhlas, lalu ku tolong ayah mengemas rumah plus mengemas satu-satunya peti harta karun di dapur aku iaitu peti sejuk laa. Huh! best juga buat sume benda ini walaupun tengah mengantuk giler dan masih terbayangkan mimpi tadi. Kepada mama aku, ini ada pesanan untuk mama, " Lia dah kemas peti karun mama, jadi Lia dah buang ape yang tak patut bagi Lia dan mungkin patut bagi mama. Maaf kalau mama masih memerlukan sesuatu yang telah dibuang. Hee.. Hal ini terjadi kerana ayah telah memberi keizinan untuk buang kesemuanya tanpa pengetahuan mama. Jadi maafkan saya, mama!" Fuhh,, lega sudah selesai. Gile banyak barang emas yang tidak bernilai dalam peti tu. Itupun masih perlu ke disimpan lagi? Tapi sumenya telah selesai. 

Boleh saya ada dapur mcm nie?

No comments: