"Every secret of a writer's soul, every experience of his life, every quality of his mind, is written large in his works"

Friday, December 24, 2010

Dec Holidays ♥

22.12.2010, 10.30am

Bertolak dari rumah terus menuju ke kl. Gilax laa pagi tu aku kelam kabut seyhh. Baru nak kemas baju la, mandi laa Aduhh,, abis sume kejar masa. Tup..tup..dalam kete baru teringat dan aku ckp kat abang aku, " Ami!! Aku tertinggal IC laarr kat bilik..." Time tu just baru kat depan pagar rumah tapi malas la nak amik sebab dah kunci pintu. Hmmm,, apepun lupakan pasal IC, jom teruskan perjalanan ke KL dulu. Wow! sudah sampai KL laa, tengok bangunan-bangunan tinggi, tak terpejam aku, terpegun dan terkaku seketika. Shopping? tak laa, just jalan2 dari sebuah kedai ke kedai lain. Best juga laa, aku naik semua tingkat kat Sogo tu. Hah! pastu pergi ke rumah abang aku di Bandar Sunway, elok-elok boley sampai dalam 20 minit, terus jadi 45 minit sebab salah masuk jalan. Mane tak yer, aku yang jadi penunjuk arah kat ayah aku. hahahha,, Maaf ayah! Saya tak tahu jalan di KL nie. Jadi, ikutlah saya! hahahhaa. Last2 masuk Sunway Piramid then lalu kat parking keluar balik, bayaran parking RM 1.10 hanya untuk lalu kat situ je sebab nak cari jalan keluar. ngee.

23.12.2010, 10.30am

Huuuu,, kita hendak bertolak ke Johor Bharu? ohh ya., humm,, sebelum tu singgah dahulu di Sunway Piramid. Pusing-pusing satu mall, tengok dari atas je Sunway Lagoon yer. hahaa,. nak masuk ramai sehh aku tengok orang beratur just nak beli tiket jew, belum masuk lagi tu. Penuh depan sunway tu dengan orang-orang yang bersesak kat situ. Aduhh,, kalo mcm tu sampai tengah hari belum tentu dapat masuk. So, abaikan je Sunway Lagoon tu and just say "Hai Sunway! Bye Lagoon!" Next, meneruskan perjalanan ke Seri Kembangan  pula untuk melawat jiran. Adik aku ternampak pool kat situ terus terjun kot. Giler la budak-budak nie pantang nampak air mesti nak masuk. Patut laa pun, dulu time mak aku mengandungkan  mereka, mak aku selalu berendam kat air terjun di Bukit Hijau, Kedah tu. Ohh,, memang hantu air la diorang nie.Yeah! perjalanan ke jb kini bermula, mata pula mula laa dipejam untuk merehat minda. hahahha, sumpah aku tertido apabila terus masuk kereta. Sudah sampai JB, mencari dan menginap di New York Hotel dahulu, rumah persinggahan di JB.

Pyramid Ice

24.12.2010, 9.30pm


New York Lobby.
Untuk hari ini, okee lah kita panjangkan sikit cerita hari ini. pagi-pagi sudah sejuk seyh, nak bgn  pun agak liat. Aircond keliling bilik, terus tarik selimut, mata tetap dipejam. Hurm,, adik-adik sudah terjun swimming pool. Aku masih lagi membuat taik mata, ngee, sape nak bangun kalo sejuk mcm di kutub utara tu, apatah lagi nak mandi mesti sejuk membeku aku nanti. Dengan tak segan yer aku pergi je ke swimming pool tu dengan berpakai baju tido. hahaha, just sarong tudung dengan sweater jew. Abang-abang kat pool tu sume tengok aku, hee. 'Maaf bang! Saya bukan nak mandi, saje nak lari dari bilik yang sejuk teramat tu'. kemudian bersiap dan check out untuk bertolak ke Danga Bay pula. Pindah hotel lain pula, kali nie tepi laut sehhh, ley nampak Singapura pula tuu. Bandar Singapura memang cantik giler laa, nak masuk sempadan dia tak lepas laa sebab pasport takde, just tengok signboard "Woodland" sudahh. Tapi keadaan JB still ta best lagi terutamanya di Danga Bay sebab masih dalam pembinaan. Humm,, mungkin nak mencantikkan lagi kot tempat tu untuk menggalakkan lagi orang datang untuk berdating? hahhaha. Petang aku pula berendam dalam swimming pool sekeluarga. Fuhh,,sekejap je laa sebab hujan tetibe pula. humm,, abang guard tu dah panggil "Naik! Naik! Naik!" Malam pula berehat jela, penat giler laa. Sok nak berjalan jauh pula. Ke mana? Tunggu cerita blog seterusnya. =))


No comments: