Wednesday, May 15, 2013

Between students Teachers and Lecturers.


Bismillahirrahmanirrahim.

GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI 1 AGENDA.
ehh, sudah. Pelik pula tema hari guru tahun ni,

okay,
tetibe teringat time zaman sekolah dulu-dulu,
time sambutan hari guru. korang rase best ke idak sambut hari guru ni?
ingat lagi time sekolah rendah mesti menjadi KEWAJIBAN untuk bagi hadiah kat semua cikgu yang mengajar. rase mcm ntah ape2 pun ade kan. yelaaa, bayangkan kalau ade 10subjek time tu, makanya 10 orang guru la kene bagi hadiah kan? mane nak cari duit beli hadiah banyak2 mcm tu, petik bunga tepi jalan sudahhh. tak pun kan dan2 laa sehari sebelum hari guru tu pi kedai rm2 ke billion ke cari hadiah yang murah2. orang yang paling pening sekali adalah ibu bapa la sebb tak tawu nak belikan hadiah ape utk cikgu2 anak anak diorg. aishhhh..kasihan pun ade kat ibu bapa ni. tapi nak buat mcm mane itulah yang berlaku pada budak2 sekolah yang baru tahun 1 2 tu. 

tapi bila dah naik tahap 2 (still dalam sekolah rendah lagi ni) tahun 4 5 6, hummm..dah pandai pikir la sikit. just bagi hadiah kat guru kelas je. hummm..yang tak tahan siap ade jamuan bagai kalau boleh. ehh, hari guru je punn bukan hari perpisahan guru.

bile dah naik sekolah menengah pula, waahh~ tak main laa hadiah2 ni bagai. sambut dan wish sudahhh. asal cukup syarat kann. ehh3, perkara yang paling tak suke sekali time sambut hari guru ialah ketika kene berkumpul kat tapak perhimpunan tu sbb nak kene dengar wasiat hari guru daripada Perdana Menteri la, menteri pendidikan la, pdd laa bagai. ohhh, tolong laa~ masing2 nak bg wasiat kat guru tapi yang kene dengar pelajaryer sekali? helloooo! ini hari guru bukan hari pelajar. kalau hari pelajar boleh diterima lagi, mane tawu nak bacakan wasiat dapat baucer buku ke, baucer printer ke, baucer laptop ke.. haha. okayy, merepek je kannn.

fuuuhhh, Alhamdulillah sekarang dah sampai tahap universiti. no more calling teacher again, just calling Tuan or Puan or Encik or Dr or Prof dan sebagainya. kalau panggil cikgu lagi time universiti ni rase janggal gilew. tetibe terasa mcm keanak-anakan pula. sebb antara cikgu dan pensyarah ada perbezaan iaitu,

CIKGU : diberi amanah untuk mengajar dan mendidik pelajar satu persatu sehingga faham.
PENSYARAH : diberi amanah untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar, just give the lecture not teaching. (ini sumber yang aku dapat daripada salah seorg lecturer, bukan buat2 cerita dongeng. Harap maklum)

my speech as a student :)

Thank you very much to all my teachers and lecturers,

1. TADIKA UMMI ALOR SETAR, KEDAH.
2. SK TAMAN RAKYAT ALOR SETAR, KEDAH.
3. SK SERI SITIAWAN PERAK.
4. SK SERI BAYU PERAK.
5. SEKOLAH AGAMA RAKYAT ABADIAH.
6. SMK CONVENT SITIAWAN, PERAK.
7. KOLEJ MATRIKULASI PERAK.
8. UNIVERSITI UTARA MALAYSIA.
9. guru2 tuisyen juga. # En.Ishak, En.Jusnizan, En.Hassan, Pn.Sal, yang selebinya tak ingat sebb memori yang muat. heee~ maaf cikgu.
10. mungkin buat ayah dan mama serta kakak abang juga sebb membantu mengajar sy dirumah. hmmm.

Jasamu dikenang sampai akhir hayat. 
Alhamdulillah kerana guru2 ini semua, sy telah berjaya ke tahap ini. 
# harap cikgu2 ingat saya yang nakal dan comel ini :)) haha.nampak laa perasan yang terlebih disitu.

end of speech,
HAPPY TEACHER'S DAY.
HAPPY LECTURER'S DAY.

okay, nak dedicated lagu ni kat cikgu laa :))


No comments: