Wednesday, January 16, 2013

END of sem with NEW ISSUE?

Uhuk..uhuk..uhukk.
Fuhhh~ nak lap lap sikit blog yang dah berhabuk ni, 
maklumlah busy study memanjang sampai tade masa nak date dengan blog. 
*study laa sangat kan, setiap hari tengok running man je. Alamak terkantoi sudah!

Assalamualaikum dan mushi mushi.
Ehemm..entry kali ni nak share pasal ape?

Today is my last paper BKAF 1013, Introduction in Financial Accounting. Apalah nasib dapat paper yang paling last antara yang terakhir. PAHAMKAH ape yang cube disampaikan ini? hummm.. mungkin aku perlu cakap Bahasa Melayu kot. Paper aku petang pukul 2:30, makanya paper yang terakhir la untuk esok hari. Okay, kalau tak faham juga sudahhhh.

Ehhh, ape HOT issue sekarang? 
Ohh ya, pasal SUARA MAHASISWA/SISWA tu, ape kes ni? tetibe terbangkit pula isu yang tak patut bangkit tu. Sampai ke politik bagai, arrgghhh aku yang stress dengar pasal tu. Padahal aku yang paling lambat sekali tawu hal ini. Pasal kes ni tetibe kat FB dan Twitter penuh status "LISTEN! LISTEN! LISTEN!  " Ehh, buat penuh notification dan tweet aku je. Tapi kan kata negara Malaysia ni negara demokrasi tetapi kenapa tak bagi menyuarakan pendapat? Itu kan hak kite? Ohhh..pastu kau nak marah la pelajar pelajar oversea tak balik Malaysia, pastu kata pelajar tak hargai ape yang negara dah bagi kat dia. HELOOO! kau yang buat pelajar pelajar tu mogok tak nak balik tawu sebb kau tak pernah nak dengar pendapat dan suara hati mereka. Mereka punya pasal laa tak nak balik sebb merajuk dengan kau. ooo.. nak macm nak berdebat la pula aku ni. Kene stop bebel pasal isu ni takut makin menjadi jadi tak boleh tercetusnya Perang Dunia KEDUA. *krik krik krik tetibe sunyi sepi malam malam ni semua dah tido sebb esok nak balik. hooorey!!

HUuummm..yang penting sekarang ni, "Wahai Malaysia silalah jalankan konsep demokrasi anda itu. Dengarlah suara hati dari kami mahasiswa/siswi ini. Pastu korang decide la sendiri samada nak dengar atau hiraukan sahaja."


Fuhhhh~ okay aku stop pasal ini. Just tengok ape kata MAT LUTFI pula :))


Kawan aku kata Mat Lutfi ni makin kurus. ehhh..kau dengar ape yang dia cakap atau dari mula sampai abis kau tengok dia je? Alahaiii kawan aku ni. Tolong jangan kata kau nak repeat video ni.

Alhamdulillah, selesai tanggungjawab aku untuk satu sem ini, ade lagi cabaran dan halangan untul tujuh sem. Mesti lagi adventure kan? Hidup mane ade yang senang, semuanya kene belajar juga baru tawu buat itu ini.

END OF ENTRY. sekian terima kasih ^^,



No comments: