Saturday, December 22, 2012

Now, I'm here PENANG. hee :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Dah lama tak update blog sebb ?

1. Dah nak exam laa Lia woi, kau tak study ke?
2. Wifi kat uum macam va**** dan P1 aku rosak. Hahaha, tahniah!! 

Sebenaryer entri kali ni just nak cerita pasal last week I went to Penang, alone? Ohh walaweh~ dengan si Jawa sorang ni laa. Gilew la berjalan sampai Penang, esok ade kelas tawu! Okay, kawan aku sorang ni memang terbaek. Sebenryer lebih kurang 3 jam pegi Penang tu dengan jem bagai la.., tapi dia bawak 2 jam je. Agak2 berapa kelajuan dia bawak sejam? 150km/j. FINE! memang aku akan mati katak dengan kelajuan itu. Alhamdulillah sampai Penang pukul 1:30,bertolak pukul 11:30. Haha, buang masa sekejap di Jitra sebb sesat. Mane tak yer, aku baru tawu yang Jitra ni ade 3 bandar. Tetibe aritu nak sesat kat bndar yang lain. Sebelum ni pernah sesat juga kat Jitra tapi di bandar dia yang lain. Ahhh,, pening aku cerita pasal Jitra ni,nnt sampai ke sudah tak sampai ke penghujung cerita. 

Fine 13:30 sampai di hadapan Bukit Bendera.

Orang kata hebat kau pegi ke Bukit Bendera sendiri, tawu jalan ke? Hahaha, aku gelak dulu laa sebb kami pun pakai GPS. Siap gaduh lagi sebab gps tunjuk arah lain, kami pula konfius arah yang mane satu. Kira berpusing2 juga di jalan yang sama. Memang adventure laa sebb men redah je highway, jalan kampung semua bagai. Tapi satu je nak cakap, GPS kadang2 menipu tawu. Ade jalan dekat, tunjuk jalan jauh. Saje nak bagi abis minyak. Cehhh... benci gps laa gini. 

Woo~ sampai Bukit Bendera daa. Tengah hari ramai gilew orang pegi situ termasuk PATI. haha, pak mak Arab, Omputih, Bangla, China dan lain2. Pelancong Malaysia pun ade laa. Nakkk promote ni, harga tiket for adult just rm8 if you Malaysian citizen. HOW? Just show your mykad la. Kalau tak tunjuk kene bayar rm30. Pehhh.. rm30 tu boleh masuk 6 kali tawu. For tourism, you can show your passport or visa, have it right? okayy, now you can enter. Chop2, nak bgtawu ni kalau ade kad pelajar dapat lagi murah iaitu half price, rm4. Malangyer terlupa nak bawak kad matrik laa. Maklumlah berlagak dah besar tapi nak nmpak muda. hahaha. wehh~ aku terlupa nak bawak kad matrik tapi nak juga half price. Terpikir juga aku nak tunjuk kad darah sebab ade lambang UUM, tapi Jawa kata jangan buat gilew kat sini kita bukan nak derma darah. hahaha, okaay tak nak kecohkan keadaan. Dah dapat tiket jom naik !! --->>

Harga Tiket, silalah tengok sape yg berhajat nak pergi tu.
Kami dah disini. Anda bile lagi ? Cehh, aku pergi pun untuk kali kedua,

Sekarang kami di atas BUKIT BENDERA, sumpahh cantikk gilew dan sejuk di certain tempat tapi tak payah laa over pakai sweater bagai. Itu sejuk duniawi sahaja :))

weee~ di atas bukit. Kat depan ni sejukk tawu.
Tengah skodeng bandar Penang, cantik  seperti bandar di KL.
Dah macam kat Melaka, ade meriam zaman Portugis dulu dulu.
Sekarang kami masuk THE OWL MUSUEM. Harga tiket rm10 sorang. Kalau rase berbaloi silalah masuk, tapi tempat dia kecik je punnn. Bukan ade burung hantu yang hidup, just ade patung2 burung hantu sahaja.

Motif ade 100 Plus ? disponser kot papan tanda tu. hihi.
Moshi moshi. Please come again. haha ^^,




Yeay~ kami dah abis merosakkan barang2 yang ada di dalam museum tu. Haha, maaf Abg Kamrul (staff museum) kami memang terhyper kalau jumpa benda2 unik ni. hee~ 

Next berjalan jalan di sekeliling Bukit bendera.




Ini kes jumpa papan tanda sahaja, tandas yer jauh ke bawah. Sape je yang berani turun bawah tu melainkan kami je. Tapi good idea tandas di bawah ini sentiasa bersih, bersih? jeng jeng jeng.. Okay, tak scary punn.  


Dah petang, jom balikkk !!

Kesudahan di Bukit Bendera. Next location PESTA PENANG. haha~ gilew budak budak ini tataw penat ke. Dah laa bangun awal, keluar sampai tengah malam pula tu. Esok ade kuliyah awal pagi tawuu..

Selamat Datang ke PESTA PENANG. Dibuka pada pukul 17:00-01:00pg. Harga tiket rm3 kot *aku lupa laa. haha.

Rumah hantu, tak masuk punn sebb kat luar pun dah dengar org jerit2 melalak. Macam boddd je.
FUNFAIR, tapi aku naik eye wheel je. huhu..

Okay, sekarang di I-CITY. Pehhh,, laju je dari Penang ke Shah Alam. Penipu je kejeyer. hahaha, ini konon nak buat alar alar i-city laa ni, tapi berlecak berlumpur. Eeewwuuu.. abis seluar dan kasut aku kotor tawu !! Tak selesa, makanya cepat2 keluar dan balik sebb dah pukul 10:30mlm. hoho. 




I'm in the dark :)
She in the light :)
SEKIAN untuk entry kali ini. 
Sebarang persoalan boleh ditanya. Haha, dah mcm tour guide pula. hee ^__^

*esoknya tak datang kelas sebb tak cukup tido. Malam lepas balik dari Penang sampai bilik pukul 01:00 pagi, terus buat assignment Ekonomi yang kene hantar esok. hahaha, inilah pelajar yang dicari. PELAJAR CEMERLANG. booo~  



No comments: