Monday, August 6, 2012

ONE Malaysia ♥♥

Assalamualaikum, waahh~ dah lama tak update maa..
sudah masuk bulan maa, ini bulan manyak ong maa..
sebb ini mulan ada itu anak maa, orang Islam manyak gumbira nmpak itu anak mulan maa..
*okee, stop loghat cina kau tu.

Hah ! dah masuk Ogos, patut laa pun aku tengok merata2 bendera Jalur Gemilang.
Tu dia Atok jiran sebelah umah aku ni pun semangat pasang bendera tinggi tinggi gilewww.. wuuu~ gerak gerak bendera tu kene tiup angin. hahaha ^__^

Kali ni nak cite pasang MERDEKA walaupun raya sambut dulu baru merdeka. Tape lahh nnt merdeka aku busy nak masuk uni. Aku tataw lagi tema merdeka tahun 2012 ni, jadi aku cerita pasal tema lepas dahulu iaitu 1 MALAYSIA PENCAPAIAN DIDAHULUKAN RAKYAT DIUTAMAKAN.

Ape yang korang paham pasal 1 Malaysia ? Aku pun tak bape nak faham sangatt laa kalau nak tawu mendalam nie. Aku just tawu 1 Malaysia nie merangkumi berbilang kaum yang hidup harmoni di dalam satu Negara. Ini just pandangan aku je laa. hummm,, baiklah, aku nak kongsi sedikit cerita aku pasal 1 Malaysia.

Dulu dulu time sekolah rendah aku start mula hidup berbilang kaum, kat sekolah je laa sebbnya sekolah aku ni sekolah integrasi berbilang kaum tapi yang ade kaum India je kot, kaum Cina ntah lesap ke mana ntah. Nama sekolah aku : SK Seri Bayu atau nama lainnya Komplek Sekolah Wawasan Manjung. Dekat sekolah ni bangunan antara kaum asing asing sebb sape tahan kott kalau Melayu bercampur dengan India masa belajar. Cukuplah merasa waktu perhimpunan integrasi sebulan sekali je Melayu dan India bercampur, itupun bising gileww budak budak India tu. fuhhh.. sabar je la. Start tahun bape ntah aku ade sorang kawan berbangsa Cina lelaki iaitu Beh Yuen Jun. Hah, kawan berbangsa India pula yang aku kenal waktu ni iaitu Puvanis dan Shangkar (agaknya itulah nama mereka, aku dah lupa). Kann dah dikira hidup 1 Malaysia.

Bahagian tepi sekolah, jalan menuju ke KANTIN. hee~
Di sekolah menengah pula SMK Covent Sitiawan, sekolah aku memang berbilang kaum. Ramai gilewww aku dapat kawan Cina dan India. Pehhh... tapi diorang ketagori yang boleh bwk bersama, kira sekepala laa. Tapi jujur aku kata ade sesetengah diantara mereka yang aku tak suke sebb mulut pot pet 24jam dengan bahasa diorang pula tu, pening aku dok dalam kelas tuu. Hari hari kene sound baru bolehh diam, hah~ spesis yang mcm ni aku palingg tak suke. Sehinggalah sekarang aku masih boleh dapat kawan baru berbangsa Cina di Kolej Matrikulasi Perak iaitu Lim Sze Han.

Sebenarnya hidup 1 Malaysia nie tak laa parah sangat, just memerlukan kerjasama dan tolenrasi antara kaum je. Jaga adat dan hormati adat masing masing pun dah boleh hidup harmoni 1 Malaysia. Sekarang nie pun kerajaan sibuk dirikan bangunan bangunan yang berkonsepkan1 Malaysia untuk eratkan lagi hubungan silaturrahim tanpa berpecah belah. Kalau kite semua asyik bergaduh je, konpem Malaysia tak dapat bertahan. Kunci kemakmuran dan keharmonian masyarakat bermulanya dari 1 Malaysia.
Sudahh laa aku stop dulu, dah rupa macam aku bagi ucapan awam pula. hihi =='

Ini di antara misi kerajaan yang berkonsepkan 1 Malaysia :))

KLINIK 1 Malaysia.
KEDAI 1 Malaysia.
ASRAMA 1 Malaysia. 
LAPTOP 1 Malaysia.
SKIM 1 Malaysia.
HOTEL 1 Malaysia.
BAUCER BUKU 1 Malaysia.
Ayuhhh,, kibarkan Jalur Gemilang sekarang tanda cintaka MALAYSIA.

THE STORY OF MALAYSIA IS LIKE NASI LEMAK.

No comments: