Saturday, July 21, 2012

Kesah BLOG ==,

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Selama ni suke sangat menulis blog dan aku laah satu2nya yang rajin menjenguk blog tiap2 hari sampai tataw nak tulis ape sampai ke hari ni Alhamdulillah baru pos sebanyak 201 entry. Disebabkan aku ni "sangat" rajin menulis di blog, makanya aku diberi tugasan iaitu membuat karangan pasal "Advantages and disadvantages of blogs" oleh seseorang. Sebenaryer kene buat essay tapi dalam blog aku, aku nak buat karangan juga. Lantak aku laa, blog aku entry aku. Aku kan jaguh membuat karangan BUKAN ESSAY! haha ^^, Ehhhh kenapa aku pula kene buat karangan2 bagai nie, aku kan tengah cuti study. aishh..

Sebagai pendahuluan karangan atau intro for my essay.

KENAPA AKU SUKE MENULIS BLOG?
Seperti permulaan aku kata, lantak aku laa nak tulis ke idak kan. so, sebb aku tulis blog adalah untuk suke2 tawu. humm,, okee ini jawapan yang serius. Aku tulis blog sebb aku bosan, dengan menulis aku rase idea atau cerita dalam kepala otak aku ni dapat dikeluarkan. Aku kan suke sangat berangan dan banyak sangat memikirkan benda, jadinya otak aku dah tepu nak ingat semua2 yang ada. Maka dengan adenya blog longgar sikit otak aku dan ade juga ruang2 aliran utk darah aku mengalir. Aku sendiri laa tak tawu kenapa aku suke sangat FIKIR sampai dalam tidur pun aku terfikir2 dan akibatnya apabila bangun kepala aku mengalami sakit kepala yang teramat kadang kalanya laa bukan selalu. Wahhh belum jadi orang penting negara pun dah banyak pikir, baru pelajar beb! hehe. 

Sekarang baru masuk isi karangan.

APA KEBAIKAN BLOG?
Kebaikan yer?? aku pun tak terfikir apa kebaikan blog. hehe, selama ni aku men tulis je la ape yang aku rase nak tulis. Okee, FISRT ape yang aku rase baiknya berblog ini adalah dapat share atau bagitawu kat orang pasal sesuatu perkara. Pasal gosip ke? Ohh tidak semestinya, mungkin kita boleh share pasal sesuatu yang orang lain tak tawu dan mungkin dia patut tawu. Contohnya, apa yang aku tengok mungkin nak bgtawu orang pasal resepi ke pengalaman dia ke isi hati luahan perasaan dia ke. Itu ape yang aku rase laa, tapi tataw laa betul ke idak. Lagi kebaikan blog ape yer? abis hancuss kalau tajuk nie keluar exam, konpem aku mati kutu sebb baru satu isi. Kalau keluar MUET nie lagi teruk aku nak jawab. pehhhh.. SECOND dengan berblog dapat membantu perniagaan seseorang. betul tak betul tak? sebb aku kata mcm tu, cube tengok orang yang berniaga online tu mesti ade blog utk promote nak tunjukkan barang yang dia niagakan kat semua orang. aishhhh...boleh jadi laa, contoh blog yang berniaga >> ELsHawL AyyLaa's coLLection. Hah, kan secara tak sengaja aku dah promote blog diorang. 

APA KEBURUKAN BLOG?
Apa? keburukan? humm,, belum terpikir lagi la. Hah, FISRT kadang2 blog nie buleh buat orang jadi "berentakan". sebbnya? ye laa, tulis mcm2 yang tak puas hati dalam blog, kutuk2 bagai. hummm,, okee tak mau perbesarkan isu ni sebbnya tet**** hehehe, sendiri mau ingat la. NEXT blog ni kalau kite dah tulis banyak2 kita akan baca yang terkini je tetapi yang lepas2 berkurun dulu tak baca pun sebb terlalu lama dah ceritanya sampai dah berhabuk. Tapi yang PROnya, kalau simpan dalam blog takkan hilang sampai berabad zaman akan datang, kalau simpan dalam diari mesti dah merata2 letaknya. Pastu 10 tahun 20 tahun kemas umah sebb nak pindah baru jumpa, itupun kalau pindah. Dibuatnya takkan pindah rumah sampai tua, bilonya nak jumpa? aaiiishh kemas rumah jangankan cakap la, kemas yang fizikal je la yang mental tu biarkan je. Aku cakap bukan bagi pihak aku tetapi PANDANGAN aku je.

JADINYA BLOG INI?
Konklusinya, blog adalah segala2nya.aisehh..ingat ape segalan2nya adalah blog. Tanpa blog tak leh hidup ke? Tanpa blog tak jalan semua kerja ke? hahhaa, gurau je. Blog hanya sekadar hiburan bagi yang suke sangat menulis dan sentiasa mempunyai idea utk diceritakan. Maka dengan ini saya menggalakkan anda berblog, bagi yang rase malas sangat nak update2 ni sila jangan terpikir sama sekali nak buat blog lah, buang masa dan tenaga je nak SIGN UP google nnt. hehe (^^)

Sikit ni je la isi yang aku dapat utk karangan ni. Dan yang paling penting nak bgtawu, isi2 yang dikemukan adalah hak cipta tersendiri, tak dak nak copy paste dari google ke ape. Aku tawu laa budak2 zaman sekarang suke copy paste idea orang, kdg2 paling rajin pun dia buat buka komputer search google for essay then copy paste dari atas sampai ke bawah sekali link2 internet dia copy. hehe, itu namanya IT kan. Karangan ni idea di subuh hari. Tengok aku buat karangan subuh2 tawu sebbnya dulu kene siapkan 5karangan dalam sehari, gilerr nak mampus kan kerja rumah mcm tu. Dah laa hari2 ade kelas BM, jawabnya hari2 la ade hw karangan, sekali kene buat 5buah karangan pula. Itu yang sampai ke subuh. Aishhh.. cikgu yang penyayang nak bagi anak muridnya berjaya. Terima Kasih, CIKGU!

I HAVE DONE MY HOMEWORK. Sekian. ^__^

*markah 30/30 sebbnya aku buat aku la yang check. hik3.



No comments: