Thursday, May 3, 2012

Si Duniawi (''_)

Kenapa hati ini terus terseksa
Meragui antara dua
Samada suka mahupun duka
Dia datang tanpa diduga
Malah tidak pernah sekalipun cuba untuk pergi

Kenapa hati ini terus begini
Membuatkan aku ternanti-nanti
Tolonglah pergi kalau engkau bukan si jodoh hati
Kalau engkau hanya penyeri mata dan hati
Kalau engkau penjahanam duniawi
Dan kalau engkau bukan bernama lelaki

Setiap pandangan sinis
Pasti ada makna tersendiri
Tetapi bagi aku itulah pengubat hati
Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Kenapa sungguh hebat senario diduniawi 
Sehinggakan aku sendiri jatuh tak berdiri
Sehinggakan aku pernah alpa di akhirat nanti
Sungguh hebat penangan ini
Boleh buat si malang menangis lagi

Aku benci manusia yang bergelar ini
Kerana aku tahu hanya Nya yang berhak di hati 
Tunjukkanlah aku secepat mungkin
Kerana aku telah penat bermain dengan perasaan ini
Yang dusta semata mata tidak bererti.

=='



* ini karya ke __, tapi baru upload satu ke dlm blog. so any coment ??

No comments: