Saturday, August 28, 2010

theDay of Incident.

tik tik.. ceking!
RM278.95 terpapar di mesin kaunter 
dan keluar sekeping bil yang agak panjang.
biasalah hujung bulan, shopping barang dapur ler.

setelah selesai pembayaran, keluar dari pasaraya menuju ke kereta bersama troli yang sarat dengan barang.
pergi dan letak barang ke dalam kereta dengan tidak sabar yer untuk pulang.
tibe-tibe...
Aku ternampak seorang pak cik bersama keluarga dia.Kesian aku tengok pak cik nie, kereta dia rosak pula, mungkin ta boley hidupkan enjin. hurm,,isteri dan anak-anak pak cik tu pun keluar dari kereta untuk menolak. Dah laa ramai orang, banyak kereta pula tu, mana tak yer sebab ade bazar ramadan, mesti la banyak kereta kat situ.Isteri dan anak- anak pak cik tu pon menolak kereta tanpa mempedulikan kereta yang tengah berderet-deret kat belakang dia. Pak cik tu peduli ape, asal kereta dia bergerak dan enjin hidup. Punya la penat dan letih anak- anak dia menolak kereta dari tempat parking tu sehingga ke hadapan pasaraya tersebut(ta jauh la dalam 50m). kemudian, baru hidup enjin pak cik tu, hurm..yang membuatkan aku nak ketawa giler- giler pasal cerita pak cik nie sebab Pak Cik tu sebenaryer Ayah aku, keluarga dia keluarga aku larr.gilew malu aku kene tolak kereta, nasib baik ade akak dan adik- adik aku yang gagah perkasa.kalau tak, mane larat aku nak tolak sorang-sorang. Selepas jew enjin kereta ayah aku hidup, aku dengan akak dan adik-adik terus cepat-cepat masuk ke kereta dengan tergelak-gelak besar.Yelar,,kereta punya la canggih, hebat, berkilat, mahal, tapi kene tolak, tak ke segan? malu je orang tengok tadi. aduss!
Kemudian,, sampai je kat umah, tetibe ayah aku kata "Dah! pegi tolak." masing-masing tak nak keluar kereta sebab ingat kene tolak lagi.rupe-rupenyer, ayah aku suruh tolak pagar, kalo tak mcm mane nak masuk. time tu semua dah ketawa giler-giler sehingga mak aku kata, "hah! mane tak yer semua tak nak keluar, dah fobia dengar perkataan TOLAK". hahahahaa.
memang hari nie penuh dengan pengalaman la.

No comments: