Monday, December 21, 2009

Summer Camp =)



Tempat: Kem Paya Indah, Dengkil
Tarikh: 13-17/12/2009
Waktu: 3.00-2.00 pm

Hari itu aq dihantar ke sebuah kem motivasi yang telah didaftar oleh makku, aq rase sgt sedih kerana aq sebenaryerr ta mahu nengikuti kem tersebut, tapi apakan daya aq terpakse pergi jua bagi tidak mengecewakan mak dan ayahku. Aq dihantar oleh keluarga aq dan turut gembira sekali apabila abang dan tunangnya turut mengikuti untuk menghatar aq jua. Disana, hatiku mula rase sebak kerana semuanye aq tidak mengenali, aq hanya terdiam dan duduk di sebelah ayah dan makku. Aq berasa yang teramat bosan pada ketika itu (hanya Allah saja yang tahu. Selepas majlis perasmian dilaksanakan, mak dan ayahku pun bertolak pulang, ketika itu aq berasa sedih kerana pertama kali terpakse berjauhan dgn mereka. Namun, aq terus mencari kawan baru.

Aktiviti yang pertama diadakan ialah 'Ice Breaking'. Pada waktu itulah aq telah mengenali kesemua rakan2 disitu, ada yang lebih tua dari aq dan ada yang lebih muda dari aq. Yang aq tawu aq seorang sahaja pelajar perepmpuan Tingkatan 4. Dengan sikapkiu yang pendiam, aq hanya berdiam dan cuba bergaul dengan mereka. yang paling aq tidak sangka bahawa rakan2 disitu teramatlah sporting dan gempak. Memang terasa best sangat wlpn mulanya aq kata teramat bosan.

Disana, pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti Merentas halangan iaitu melakukan semua halangan seperti di PLKN, kemudian Flying Fox, teramatlah tinggi tapi aq berasa seronok seperti mahu mainnyer lagi sekali, disana aq juga berkayak di tasik, memang best sangat wlpn baru pertama kali aq berkayak, kami juga dibawa melawat ke zoo mini yang berhampiran. Hanya 3 ekor binatang jew yg kami dapat tgk iaitu Ular, badak air dan buaya. tah ape2 binatang2 tur. hehehe. kalo nak tawu pasal mereka pergi jew ke Paya Indah Wetland, Dengkil. Masuk percuma kalo tuk satu hari lawatan, sebenaryer adew banyk lagi binatang tapi kami ta larat bb besar gilew tempat tur yang merangkumi 14 buah tasik. Bayangkan betapa besar dan luasyeer tempat tur, penat lorhh.. Dah larr jalan kaki jew, denganb cahaya matahari yang panas terik lak tur. Adoi, kene jalan cepat lak tu, ta ley lenggang lenggok bb nnti kene denda SIFIR SIPUT. hehehe...

Aq dah banyak belajar ketika berada disana seperti berdikari, be panctual, bekerjasama, berkongsi masalah dan mencari sesuatu yang baru. Kat sana memang best dan lain dari kem yang lain lar, sebab kiteorg boley rapat dan berkongsi masalah dengan abang2 dan kakak2 fasilitator yang baik2 belaka dan sporting arrr..
huhu. Insyallah kami akan tunaikan janji yang abg2 dan kakak2 fasi mahukan. Amin.. Tolong doakan kami berjaya.

Kami rindu suara, kemarahan, kebaikan, dan gelak tawa abang- abang dan kakak-kakak fasi iaitu; Kak Saida, Kak Hanis, Abg Hasrul, Abg Acik, Abg Fuad, Abg Syawal, dan abg2 yang lain (ta ingat name lorh..maap!)



jadi,,,,



Saya juga rindu NNc iaitu Yana, Uya, K,Iera, Dayah, Zara, Fiqa, Marina, Amalina, Liyana, Farah, dan adik2 comrl yang len (sori lupa name jugak. hihihi).
HIDUP NNc !!

No comments: