Saturday, January 11, 2020

GIVING BIRTH BEFORE 2020 COMING.


Bismillah.. Alhamdulillah dah masuk tahun 2020 iaitu tahun kereta terbang.. Last aku posting blog pada 6 January 2018, genap laa 2 tahun menyepi tak berpeluang langsung nk aktif dalam blogging. Firstly of course sbb kerja kerja dan kerja dan kerja and one more thing is no laptop.

Ok aku akan ringkaskan overall kisah hidup aku sepanjang 2 tahun yg dah berlalu ni but aku just ceritakan untuk tahun 2019 sahaja sebbnya aku tataw kenangan yang boleh dikongsikan pada tahun 2018.


ANUGERAH TERINDAH 2019

01 Mac 2019 I'm married with my Mr. S
sebelum tu aku tunang pada 14.07.2018


➽ I'm pregnant my Little hero #babyS early April 2019
(let's guess it's a boy or a girl)
dari awal dia ada dalam perut aku, aku yakin sangat dia adalah my little hero sehinggalah aku cek untuk jantina dia dan tekaan aku tepat.


➽ I'm giving birth on 23 December 2019 (38 weeks)
Alhamdulillah syukur. Here my #baby S

THE JOURNEY ON 38 WEEKS

20.12.2019 i need warded as advised by doctor.

Sebenarnyer hari ini adalah hari aku checkup mcm biasa kat hospital. Gigih aku mintak half day untuk pegi checkup belah pagi, petang masuk ofis. Skali doc ckap aku kene warded waktu tu juga. Padahal dia check bukaan tak ada lagi, just dia ckp bukaan cantik, dan dah 38 weeks waktu matang utk bersalin. Dalam hati aku apehal pula aku tak rasa nk bersalin pun. Puas aku memikir aku nk masuk ofis juga petang ni sebb bos aku tataw lagi. Aku dengan laki aku sampai nk bergaduh laa tanya boleh tak warded esok ke lusa ke isnin ke. Doc tu dengan tegas cakap harini juga, Aku dh buntu dn minx peluang lg untuk warded malam ni utk selesaikan ape yang patut. Aku kalau sakit ke huru hara mcm mane pun aku akan igt tangunggjwab kat ofis dulu.

Yes, finally i warded on that night. Aku sempat balik rumah dulu lepas keje, mandi and tidur ok. For last time aku menyempat dinner ayam goreng mcd set with milo ais. Aku pegi hospital pun dekat pukul 10 malam. I'm warded at Wad 8A in Hospital Shah Alam Selangor (HSAS).

Kenapa aku dipaksa warded oleh doctor? Sepanjang mengandung, aku ad masalah hb rendah so bila dah 38 week ni doctor kata baby aku kecik sedikit dari pembesaran yang sepatutnya. Doc risau dia x membesar dah dalam perut dan tak dapat oxygen yang secukupnya. Itulah yang di advised oleh doc. 


21.12.2019 nothing happen, no action.

Hari kedua aku duduk wad yang sebelah katil kiri dan kanan aku dah bersalin dan ad bayi fresh dari oven. Aku pula terpaku tengok keadaan di sekeliling. Ad yang sibuk menjaga anak yg kuning, ad yang kehulu hilir membawa perut yang besar, yg aku hanya duduk di katil dengan perut yang tak seberapa mcm belon yang ditiup untuk majlis harijadi kanak-kanak (maknanya tak besar laa, kecik je). Haritu doc hanya ambil darah aku utk tgk hb sahaja, So maknayer tiada apa2 tanda nk bg aku bersalin haritu. Tapi aku terpikir juga, mcm mana doc nk paksa aku bersalin juga padahal aku tak rasa ape2. Aku kene operate ke? Tapi doc kata aku kene induce utk bg baby keluar. Aku pula berfikir lagi, induce tu mcm mane? Pakai vacum ke? Masha Allah sakit ke induce tu. Seharian aku berpikir ape doc nk buat dan bila induce tu akan berlaku,

22.12.2019 time to induce.

Hari ketiga, pukul 7 pagi tetibe aku dikejutkan oleh doc untk di induce. Masha Allah dalam hati aku, aku baru nk bangun, mandi pun belom lagi, makan apatah lagi. Time tu aku banyak berpikir sakit ke induce tu, mcm mane process dia. Masuk je bilik rawatan, doc cek bukaan aku lagi (ok aku bg tips taknak rasa sakit time kene seluk : korang tarik nafas dan hembus banyak kali sepanjang doc tengah seluk, Insha Allah korang tak rasa sakit) Tapi time ni bukaan aku baru 2 cm. Pastu tetibe doc ckap nak masukkan belon kat bahagian bawah aku (qubul). Aku terus blank dan rasa takut pastu tanya doc sakit x nak masukkan tu sbb dia akan masukkan mcm tiub skali dengan belon. Doc cakap hanya perlu tarik nafas dan hembus sahaja, nnt tak rasa apa2. Aku mcm tak percaya betul ke dengan ape yang dia cakap tu, then beberapa minit kemudian dah selesai. Memang betul kata doc tu, aku tak rasa sakit langsung bila doc masukkan tiub dan belon tu. Aku tak terasa mcm ad benda dalam qubul aku tetapi aku hanya nampak ad tiub yang terkeluar dari qubul aku. Rupeyer ini yang di katakan induce. Induce ni ad mcm2 cara yer korang, ini salah satu daripadayer. Aku pula tataw sampai bila benda tu kene duduk dalam qubul aku. Sebenaryer agak x selesa ad belon ni dengan tiub yang terjojol. Aku nk kencing pun jadi takut kalau2 tergerakkan benda alah tu, padahal tak ad ape pun.

23.12.2019 it's the time.

Sepanjang keberadaan belon tu didalam qubul aku, aku memang ad rasa sakit perut yang jarang-jarang dan aku still terpikir contraction tu mcm mane. Kenapa orang kata sakit sangat sehinggakan mintak ubat tahan sakit (epidural). Ape yang aku dengar, orang  kata kalau boleh tahan sakit tu jangan sampai amik epidural sbb effect dia di kemudian hari, Aku pun tataw laa ape yg org ckp ni betul ke idak atau bergantung pada badan seseorg tu. Bukan aku cakap taw, aku dengar org cakap yer. Dalam pukul 4 petang, doc panggil aku utk keluarkan belon dari qubul aku. Proses nk keluarkan belon dan tiub tu tak sakit dan seperti biasa doc cek bukaan aku dah 4 cm but still aku kene duduk di wad sahaja. 15 minit kemudian, aku rasa perut aku sakit sangat. Kesakitan tu datang 5 minit skali, Sakit dia kalau nk digambarkan adalah dalam skala 10.

Skala Kesakitan
Masa tu memang aku tak tahan sangat, aku cuba bertahan untuk lawan sakit yang datang tu, Sampaikan aku rasa nak patahkan besi katil. Aku cuba berzikir, baca yaasin dan aku sempat call suami aku untuk datang time tu juga sebb aku cakap sakit sangat tak tahan. Ok aku siap boleh tanggal tudung sebab tak tahan sakit sangt tanpa tak pedulikan org sekeliling, padahal 4:30 adalah waktu melawat kompem2 ad suami2 orang yang akan masuk wad tu.

Nurse kiri kanan aku selambe je tengok tak tanya ape2, yang ditnya sakit sangat ke? Nk ubat tahan sakit ke? Masha Allah dugaan betul rasa contraction yang teramat ni, sampaikan aku terpaksa bagitawu nurse tu yg aku sakit sangat rasa nak berberak. Memang betul masa contraction tu datang, aku tataw ape aku patut buat, aku pergi meneran kat katil sesuka hati. Sebenarnyer x boleh meneran time tu, kene tggu masuk labour room baru boleh meneran. Sebb ada cara meneran yang betul supaya nnt x terkoyak sampai dubur kita.

Nurse tu dengar je aku nk terberak, terus dia suruh doc cek bukaan dan tetibe doc cakap dh nk keluar. Kelam kabut nurse tolak katil aku ke labor room.

FINALLY
Alhamdulillah ..


Hello! My name is ISMIE SADIQ
23.12.2019, 05:20 pm
Hospital Shah Alam Selangor
2.48 kg @ normal deliver


Now, i'm a mom to my handsome boy. Ok, ni je serba sedikit yang boleh aku kongsikan sepanjang terlahirkan seorang insan yang di amanahkan oleh Allah. 

Mummy di luar sana ad cerita yang nak dikongsikan?
Boleh letak komen di ruangan bawah yer ⬇⬇⬇

No comments: