Saturday, January 6, 2018

PROGRAM ACCESSMENT CENTRE (PAC) in SPA ●



Welcome 2018

Always hope everything is good and have a good news along this year.

Just nak share about 
PROGRAM ACCESSMENT CENTRE (PAC)

Ape itu PAC?
Ringkasan bagi aku PAC tu adalah program accessment untuk tapisan kedua selepas berjaya dalam peperiksaan online yang diadakan.

Ok yang aku cerita ni adalah berkaitan dengan jawatan yang kita apply dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Kata lain yer, mohon jatawan dalam kerajaan laa.


Step nak memohon jawatan dalam kerajaan :-

FIRST : Buka web SPA http://www.spa.gov.my/ 

Macam biasa kita kene isi semua maklumat dan boleh apply 15 jawatan dalam satu masa.
Yang paling penting dalam lupa "renew" semua jatawan tu setiap tahun.

THIRD : Jika ada kekosongan utk jawatan tu, kita akan dipanggil utk menduduki peperiksaan online. SPA akan email dan mesej kita, so tak perlu risau kalau kita jenis yang jarang buka web.

FOURTH : Jika anda berjaya dalam peperiksaan online, anda akan menerima email dan mesej. So jangan bermimpi laa nak dapat call, banyak pula masa org SPA tu. hehe

Email yang diberi. Mesej pun akan dapat juga ;)

FIVE : Peperiksaan online ni baru tapisan pertama, tapisan kedua bg jawatan AKAUNTAN GRED W41 ni adalam PAC (yang aku awal2 nk cerita tu)

Email untuk mengikuti PAC ;)

Ok aku stop dulu kat step kelima ni sebb nak cerita pasal suasana mengikuti PAC.

Cuak juga sebb first time pergi PAC. Kat sini ada beratus2 pesaing yang nak berebut beberapa kekosongan je. Yang penting yakin dan buat yang terbaik. Jangan pikir org tu senior banyak pengalaman mesti dapat laa. Ye banyak pengalaman memang hebat, idea semua hebat2 tapi kalau takut2, tak yakin tak boleh juga.


PAC ini ada ramai pesaing. Masa pendaftaran diorang akan bg number bukan ikut first come first serve tapi ikut alphabet nama kita. Nama aku sndr dh yang ke-1761. Kalau yang Z tu mesti dalam 3000 lebih. 3000 pesaing dan berebut beberapa kekosongan adalah sangat mustahil.



Penilaian PAC ada 4 aktiviti dan aku ceritakan ape yang juri nilai dalam setiap aktiviti.

1. Aktiviti menyelesaikan masalah (in Malay)
Juri menilai kerjasama dan keaktifan dalam kumpulan. Tapi korang jangan over sangat sampai nak control satu kumpulan. Kalau kita bg chance kat org lain juga akan dinilai.

2. Aktiviti menyelesaikan masalah (in English)
Penilaian juri sama macam aktiviti satu, tapi kita kene speaking sepanjang aktiviti dijalankan dan juga presentation. Jangan sesekali present dalam dua bahasa.Cakap je walaupun english kita terabur :)

3. Debat (in Malay)
Yang debat ni juri bg masa 110 minit untuk berdebat dan mengeluarkan idea2 yang hebat. Samaada kumpulan pencadang atau pembangkang yang menang tak dikira. Yang penting kau cakap je tapi idea kene logik, jangan nak mengarut atau melencong sampai keluar topik.

4. Public Speaking (either in Malay or English)
Kita akan dapat tajuk  public speaking di akhir aktiviti 1. Dah dapat tajuk dalam undian, dilarang sama sekali tukar. Time ni aku dapat tajuk SUKAN dan BUDAYA , masha Allah ape aku nak bebel. Masa rehat sejam setengah tu aku prepare point nk cakap. Masa menunggu turn tu, mcm2 perasaan ada. Alhamdulillah bila turn aku sampai, aku buat yg terbaik dn bangunkan org yang mengantuk utk menarik perhatian org dengan pengucapan kita. Juri akan nilai pengucapan kita dengan isi yang dikeluarkan dan pandai menarik perhatian juri dan org sekeliling.


Sekarang dan abis pasal PAC, aku sambung step cara memohon dalam kerajaan.


SIXTH : Mendapat keputusan PAC dan layak ke tapisan yang terakhir iaitu TEMUDUGA.

LAST : Kalau berjaya dalam temuduga, maka berjayalah anda masuk ke kerajaan.


Untuk jawatan Akauntan ni hanya ada 3 tapisan sahaja. Kalau Pengawai Tadbir Diplomik (PTD) ada 4 tapisan termasuk tapisan fizikal dan jawatan2 lain aku tak tahu ada berapa tapisan.

Insha Allah kalau kita yaking dan buat yang terbaik, akhir sekali doa dan tawakal semoga ada rezeki ditahun baru ini. Aminn..


"Confident doesn't come when you have all answers,
But it comes when you ready to face all the questions"

No comments: