Thursday, July 19, 2012

Dia datang lagi (: RAMADHAN.

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Perak Aman Jaya, Salam Kedah Sejahtera (acecece, promote Kedah letuw, belum jadi org utaraq lagi laa).

Okee, buka tv tetibe ade Pak Cik cakap benda ni :) 

" Dikurniakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh permulaan puasa bagi di negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Sabtu (21 Julai 2012)"

haha.. pak cik aku panggil orang besar negara tu. hihi,, maaf yer pak cik sebb saya tak kenal anda, lagipun anda tak perkenalkan diri dahulu. so bukan salah saya memanggil anda pak cik yer. hik3. weiii, dah nak pose laa. humm, Alhamdulillah ramadhan datang lagi, syukur diberi kesempatan utk berpuasa lagi pada tahun nie. Okee, aim puasa tahun ni iaitu ; insyallah dapat puasa penuh dan makan sekadar yang perlu tidak mengikut nafsu. Dapat mengumpul pahala dan buat amal ibadah sebanyak yang mampu.

Nak flashback seketika berpuasa bersama kawan-kawan di Kolej Matrikulasi Perak. First, balik kuliyah mesti terus landing atas katil sementara tggu berbuka. Second, pukul 6:00 petang berpikir nak berbuka ape, kadang2 malas nak pikir terus decide nak makan benda yang sama tiap2 hari iaitu NASI TOMATO AYAM yang ayamnya kedabak besarrr. Then, pukul 6:45 siap2 mandi sebb tak mau berebut lama tggu bilik air. Pukul 7:15 dah bentang surat khabar letak makanan, buat air MILO AIS kalau rajin ade bahan then duduk merenung makanan sampai AZAN pun berkumandang. hoho. kalau tak sabar menunggu, roomates mesti nyanyi lagu raya sambil memandang di luar tingkap walaupun baru hari first puasa laa. Kadang-kadang frust dengan Ahli Masjid sebb tak azan2, tawu lee lapar..ye pun jalankan laa tangunggjawab dulu baru berbuka aisehhh.. maaf ye ahli masjid yang terlibat. hehe ^^,

Dah puas aku membebel, Alhamdulillah. hee~ Tahun nie berpuasa dengan family pula, bagaimanakah keadaannya pula. hummm.. nnt aku alaminya sendiri. 

Ehh ade soalan dari adik A aku, " MACAM MANE NAK TENGOK ANAK BULAN YE?".
Sibuk adik B aku nak jawab, " kau tengok laa kat bulan tu ade bulan besar satu pastu kat sebelah dia ade bulan kecik, itulah anak bulan!" hummm,, kau ingat BULAN TU BERANAK KE HAH?? aishhh...

Sekian dari saya. (^^)

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.


No comments: